
Ketika Stamford Raffles mula-mula sampai ke atas Bukit Larangan di Singapura, dia telah melihat pemandangan yang menakjubkan. Menurut cerita-ceriti penduduk Melayu di situ, bukit itu adalah 'keras' dan tempat bersemadi para raja.
Benar... apa yang ditemui oleh Raffles bukan biasa-biasa. Dia telah menemui puing-puing istana dan 'secret garden'. Di mana ianya adalah bukti pernah berdiri satu kerajaan hebat ratusan tahun sebelum dia tiba di situ.
Raffles, setelah melihat semua bukti dan rahsia di atas Bukit Larangan itu telah mencatatkan betapa ianya adalah sebuah petunjuk besar yang tidak sepatutnya dibiarkan.
PETUNJUK yang sangat BESAR...
Sehingga dia ingin bersemadi bersama para raja-raja Melayu di situ.
Dia menjadi pengkagum para raja Melayu, tapi itu bukanlah biasa-biasa.
Dia tidak pernah melihat potret raja-raja Melayu di situ bergaya megah.
Dia tidak pernah melihat tugu atau arca raja-raja Melayu beraksi gagah.
Dia tidak pernah melihat binaan-binaan agam kerana semuanya telah runtuh dan menjadi puing-puing ketika dia tiba di sana.
TETAPI DIA TELAH MELIHAT SESUATU.
Yang membuatkan dia merasakan begitu hebatnya kebesaran dan kemegahan raja-raja Melayu Singapura Purba.
Sehingga membuatkan dia... terlalu ingin bersemadi bersama mereka...
Mengapa?
Sebabnya kira-kira 200 tahun kemudian, seorang ahli arkeologi berasal dari Amerika telah menemui sebahagian bukti bagi rahsia yang ditemui Raffles di atas Bukit Larangan itu, berpandukan karya agung Melayu, Sulalatus Salatin.
“The hundreds of Chinese coins we have found suggest that it was a cash economy too - kind of like a BANKING CENTRE. The citizens didn’t just barter, they bought and sold and earned wages using a standardised Chinese medium of exchange."
"Before this evidence was found, many people believed the existence of a sophisticated 14th century civilisation in Singapore was a MYTH, despite it being chronicled in the famous ‘Malay Annals’ (Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu).
But one person who did BELIEVE the ancient stories was Stamford RAFFLES himself. That’s the whole reason he came here. He was leveraging the history of Singapore to try and revive the settlement - and he succeeded beyond his wildest dreams I’m sure."
(Prof John Miksic)
Raffles, telah mempelajari rahsia ini, menyalinnya dan dia berjaya. Orang-orang Cina itu mempelajarinya dari tuan Inggeris mereka dan mereka berjaya. Pulau itu ada sesuatu. Sesuatu pelajaran.
Di mana PELAJARAN ini jika anak-anak Melayu itu mempelajarinya juga, menyalinnya satu-satu sebagaimana yang diketahui oleh Raffles maka mereka pasti berjaya.
Catat Ulasan