
Sebuah robot berjaya ‘menyelamatkan’ nyawa seorang lelaki berusia 61 tahun selepas membuang tumor dari bahagian kerongkongnya, sekali gus menjadi pembedahan pertama seumpamanya dilakukan di Britain.
Pakar-pakar bedah di Hospital Diraja Gloucestershire (GRH) menggunakan robot digelar Versius ketika melakukan esofagiktomi (pembedahan kerongkong) untuk membuang tumor bersaiz 5.8 sentimeter daripada pesakit bernama Martin Nugent.
Prosedur yang dilakukan robot tersebut adalah satu bentuk pembedahan akses minimum kerana telah melakukan hirisan yang lebih kecil, selain mengurangkan perubahan komplikasi, parut dan sakit selepas pembedahan.
Menurut kata pesakit bernama Martin Nugent,pada tahun lalu,beliau mengalami kesakitan sehingga tidak dapat makan malam semasa Hari Krismas. Berat badannya turun 20 kilogram (kg) dengan pantas.
Kini,beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati Hari Krismas yang lain.
Robot itu dibina oleh syarikat pengeluar alatan perubatan Britain, CMR Surgical.
Menurut kata CMR Surgical,gabungan alatan dan tangan pakar, serta kombinasi penglihatan HD 3D yang dipertingkatkan, memberi pakar bedah tahap ketepatan tinggi ketika melakukan prosedur rumit.
Dengan tahap ketepatan dan kawalan yang tinggi, pakar bedah dapat melakukan lebih banyak prosedur kompleks secara laparoskopi.
Mesin itu mempunyai reka bentuk ringan dan modular yang membolehkan ia mudah dipindahkan antara jabatan. Ia juga menggunakan ‘teknologi v-wrist’ iaitu boleh digunakan secara maya di mana-mana bilik pembedahan.
Robot itu dipasang tahun lepas dan GRH menjadi hospital Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) pertama di Britain yang memulakan program Pembedahan Gastro Usus (GI) menggunakan robot berkenaan.
Catat Ulasan