Pergunungan Al-Jabal dan Alkan di wilayah Tabuk, barat laut Arab Saudi, diselaputi salji sekali gus menandakan penduduk negara itu bersedia untuk menyambut Tahun Baharu 2023.
Sebahagian penduduk masih menunggu lebih banyak salji yang dijangka turun dalam tempoh beberapa hari akan datang, demikian menurut pemerhati cuaca.
Pelancong-pelancong membuat persediaan dan berkhemah di kawasan Tabuk sebelum paras salji meningkat seperti laporan keadaan cuaca yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Am Meteorologi.
Fahd Al-Tarfawi, yang merupakan seorang jurugambar Arab Saudi berkata bahawa dia bergegas ke kawasan bersalji pada Ahad lalu dan mula merakam salji yang turun.
Fahd berkata, dia masih menunggu jumlah salji yang lebih tebal dan menggambarkan keadaan itu sebagai permulaan yang tidak boleh diabaikan.
Sementara itu, seorang pemandu pelancong, Ahmed Al-Omrani menjelaskan bahawa salji mula turun pada pagi Ahad namun, ia masih tidak mencapai paras biasa.
Dia juga yakin bahawa salji telah mula melanda di wilayah Alkan.
Alkan adalah adalah kawasan tanah rata di mana salji turun lebih daripada sekali setahun dan merupakan destinasi pelancongan untuk warga Arab Saudi dan sejumlah rakyat negara-negara Arab.
Catat Ulasan