Tiga Gadis ‘Mandi’ Lumpur Hitam


Tular di media sosial Indonesia tiga gadis di daerah Grobogan, Jawa tengah terjatuh ke dalam longkang ketika membonceng sebuah motosikal baharu.


Lebih mengejutkan apabila badan ketiga-tiga gadis itu bertukar hitam legam akibat terkena air kumbahan di dalam longkang.

Menurut kata Ketua Polis Grobogan, AKP Deni Eko Prasetyo,pihaknya  kenal pasti mereka adalah penduduk Grobogan. Pihaknya tidak ambil tindakan kerana ia masih jalan kampung atau jalan kecil.

Menurut Deni, tiga gadis itu menunggang motosikal tersebut bersama-sama sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Akibat hilang keseimbangan, mereka terhuyung-hayang dan terjatuh.

Kejadian tiga gadis terjatuh di dalam longkang itu turut menjadi topik perbualan segelintir penduduk di Pasar Gubug. Perkara itu disampaikan oleh Anna, 56, yang merupakan seorang penjual beras di Kampung Gubug.

Bagaimanapun, sukar untuk penduduk kampung mengenal pasti identiti tiga gadis itu  kerana mereka dilihat berlumuran lumpur hitam
 

0/komen