
Acer Halo Swing dilancarkan sebagai sebuah speaker pintar mudah alih yang bukan sahaja dilengkapi lampu RGB tetapi juga menyokong DTS Audio.
Terdapat skrin LED yang memaparkan maklumat mengenai audio serta lampu LED yang berubah mengikut rentak audio yang dimainkan. Apabila pembantu maya Google Assistant digunakan, lampu LED ini juga akan menyala. Selain Google Assistant, speaker ini juga boleh dikawal menerusi aplikasi Acer Halo Swing App. Kerana ia sebuah speaker pintar mudah alih, mengawal internet benda di rumah juga boleh dilakukan dengan hanya arahan suara.
Acer Halo Swing juga melepasi piawaian kalis air IPX5. Sambungan ke speaker dilakukan menerusi bluetooth 5.2 dan juga juga berwayar menggunakan kabel aux.
Catat Ulasan