Aplikasi Maybank Tambah Ciri “Kill Switch”


Selepas CIMB tempoh hari, kini Maybank turut menambah sebuah ciri yang dinantikan ramai dalam mengawal akaun mereka sekiranya berlaku sebarang pencerobohan, dinamakan “Kill Switch”.

Melalui ciri ini yang boleh diaktifkan melalui aplikasi, pengguna dengan pantas boleh nyah-aktifkan akaun Maybank2U mereka, termasuk nyah-aktifkan sebarang pautan akaun Maybank daripada aplikasi atau web.


Dengan langkah ini, sekiranya anda melihat sebarang transaksi yang mencurigakan berlaku, anda boleh aktifkan ciri ini, dan elak sebarang kehilangan lanjutan wang daripada akaun anda.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Maybank, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baharu ini.

 

0/komen