Pemilik seekor kambing biri-biri cacat di Britain merayu agar haiwan peliharaannya dikembalikan selepas ia dipercayai dilarikan oleh pencuri.
Anak kambing biri-biri baka Texel berusia sembilan bulan itu kali terakhir dilihat berkeliaran di sebuah padang dekat kandangnya di Northumberland, England pada 6 Januari lalu.
Haiwan digelar ‘biri-biri paling hodoh di Britain’ itu dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata selain mulutnya tertutup rapat dengan wajah senget.
Pemiliknya, Michelle Pouton, 60, menamakan kambing biri-biri itu sebagai Scuzzy dan memeliharanya sebagai haiwan peliharaan di sebuah ladang ternak.
Pouton percaya bahawa Scuzzy mungkin telah dicuri disebabkab keadaan fizikalnya yang luar biasa.
Scuzzy adalah satu daripada empat ekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang ternakan ini namun, ia satu-satunya mempunyai kecacatan pada wajah.
Menurutnya lagi ,beliau membelanya sebagai haiwan peliharaan. Ia tidak mahu bercampur dengan kambing biri-biri lain serta hanya mengekorinya di ladang itu.
Tambah Pouton, disebabkan saiz Scuzzy yang kecil, dia tidak boleh memasang tanda pada telinga haiwan itu, namun ia tidak pernah berkeliaran lebih jauh daripada jarak 182 meter di ladang itu.
Beliau amat sedih ia hilang. Mungkin seseorang telah melihatnya dan berasa simpati kepadanya jadi, mereka membawanya pulang kerana tidak tahu ia adalah haiwan peliharaan.
Pouton selain itu, merayu bantuan di laman Facebook dengan memuat naik gambar Scuzzy bagi mencari haiwannya.
Catat Ulasan