Seekor buaya yang bertindak menghantar jasad seorang kanak-kanak lelaki ke Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan tidak akan dipindahkan ke tempat lain.
Menurut Balai Konvervasi Sumber Daya Alam (BKSDA), buaya muara tersebut dikatakan tidak dipindahkan kerana wilayah itu sudah menjadi habitatnya sejak sekian lama.
Jelas Ketua BKSA, Matheas Ari Wibawanto,tidak ada perpindahan kerana tempat itu (adalah) habitat buaya. Sebelum kita ada, haiwan itu sudah pun ada dan kerana sudah ada di situ agak susah untuk memindahkannya.
Sebelum ini, jasad seorang budak lelaki, Muhammad Ziyad Wijaya berumur empat tahun dihantar oleh seekor buaya setelah dia lemas di perairan tersebut pada Jumaat lalu.
Menerusi video ini, menunjukkan haiwan itu menghantar jasad budak tersebut dengan berenang serta membawa jasad Ziyad di atas kepalanya.
Ari menyatakan terdapat ratusan buaya dengan berbagai saiz yang berada di sungai tersebut malah jumlahnya melibatkan ratusan ekor dan beliau juga menekankan agar masyarakat setempat tetap waspada ketika melakukan aktiviti di lokasi itu.
Catat Ulasan