Cipta Robot Boleh Cair Seperti Terminator 2


Sekumpulan penyelidik dari China berjaya mencipta robot kecil yang boleh mencair dan membentuk semula badannya sama seperti watak dalam filem Terminator 2: Judgment Day.

Dalam filem keluaran tahun 1991 itu, terdapat watak robot android pembunuh, T-1000 yang boleh menjadi cair dan berjalan melalui bar logam tetapi para penyelidik China mampu menjadikannya sebagai realiti.



Terdapat video yang menunjukkan robot kecil itu boleh mengubah bentuk ketika ia terperangkap dalam kurungan, sebelum ia menjadi cair di celah palang dan membentuk semula badannya di luar kurungan tersebut.

Ia dicipta oleh penyelidik-penyelidik dari The Chinese University of Hong Kong dengan membenamkan zarah magnet dalam galium iaitu sejenis logam dengan takat lebur yang sangat rendah iaitu 29.4 darjah Celsius.

Menurut Ketua Penyelidik, Dr, Chengfeng Pan, memberikan robot keupayaan untuk bertukar dalam keadaan cecair dan menjadi pepejal memberikan ia lebih banyak fungsi.

Robot itu dikawal dengan zarah magnet yang tertanam pada badannya sekali gus memberikan keupayaan untuk menjadi cair sebelum bertukar kepada bentuk pepejal semula.
 

0/komen