Disergah Pocong Muka Hitam


DEMI mengumpul wang untuk berkahwin, rider penghantar makanan ini sanggup bekerja siang dan malam sejak setahun yang lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Zul, 27, dia bagaimanapun serik untuk keluar bekerja pada waktu malam selepas mendakwa terlihat kelibat pocong di satu kawasan di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya beliau  dulu ada kerja proper tapi diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak itu beliau jadi rider. Tahun lepas dia bertunang, jadi terpaksalah kerja lebih masa, siang dan malam.


Ketika hantar makanan di Rawang minggu lepas, beliau rasa tak tahan nak kencing. Stesen minyak pun tak jumpa. Jadi dia berhenti dekat tepi kawasan semak, beliau kencing je la kat situ. Lelaki mudah je.

Masa kencing tu, beliau dengar bunyi benda bergerak dalam semak. Dia tengok daun-daun pokok bergerak. Dalam samar-samar beliau tengok ada benda berbungkus dalam kain putih lusuh.

Menurut Zul, dia cuba bersangka baik dan cuba mengamati kehadiran 'bungkusan' misteri itu sebelum dikejutkan dengan wajah hitam yang buruk di bahagian atasnya.

Beliau nampak kain putih buruk tu. Ingatkan ada orang buang sampah kat situ. Bukannya cerah, nampak tak nampak je. Dia pun selamba suluh dengan torchlight telefon.


Rasa nak tercabut jantung tengok muka hitam buruk, macam ada darah dekat muka tu. Masa tu baru beliau terfikir bahawa itu pocong. Tiba-tiba bau busuk kuat gila. Tak sempat zip seluar dia lari ambil motor.

Rokok dan mancisnya pun terjatuh kat situ. Memang tak fikir dah. Beliau terus pecut sampailah ke kawasan perumahan. Cerah la sikit ada lampu. Mujurlah juga kejadian berlaku selepas hantar makanan. Jadi dia terus balik rumah.

Menurut Zul, dia yang terkejut dengan kejadian itu mula tidak sedap badan dan bangun dalam keadaan menggigil pada esok pagi.

Kejadian itu juga menyebabkan Zul demam beberapa hari dan terpaksa bercuti daripada melakukan kerja-kerja penghantaran makanan.

Tiga ke empat hari juga beliau demam. Tapi ini bukanlah kejadian pertama. Dulu masa duduk asrama pun pernah nampak. Tapi kejadian kali ni memang betul-betul real, nampak depan-depan, dekat pula.

Sekarang dah jarang beliau on waktu malam. Selepas Maghrib je dia dah balik. Tak berani lagi nak kerja sampai waktu malam.

Alhamdulillah, selepas kejadian itu, beliau juga ada terima panggilan temuduga. InsyaAllah kalau dapat kerja lain, dia dah tak perlu jadi rider.
 

0/komen