
Terkini, harga burger yang dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan antara Malaysia dan Thailand yang lalu dikatakan telah mencecah RM6 sebiji.
Rata-rata netizen turut mencemuh kualiti makanan tersebut apabila hanya daging dan sos cili sedikit sahaja disediakan.
Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang hanya memperolehi separuh daging dan separuh sosej dengan harga tersebut.
Orang ramai minta menteri yang berkenaan memantau dan campur tangan berkenaan kebenaran serta syarat bagi penjual yang monopoli penjualan burger di stadium.
Kali ini aku rasa paling mahal, RM6 sebiji dengan daging serta sos sedikit. Sebelum ini harga dalam RM3 hingga RM4.Kali ini melampau sangat nak kaut untung.Harga yahudi...ingat nak pergi haji balik hari ke..?
Isu ni sebenarnya dah lama, kalau dulu kita kesianlah dekat penjual sebab dia berjalan menjaja burger.
Tapi kali ini aku lihat makin teruk, harga naik sekali ganda memang banyak untung la penjual.
Catat Ulasan