
Tular di media sosial Indonesia situasi dua pelajar perempuan yang terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki rakit, namun mengutamakan keselamatan telefon bimbit mereka.
Seorang lelaki kelihatan mengemudi sebuah rakit untuk membawa dua pelajar perempuan menyeberangi sungai.
Ketika dua pelajar itu menaiki rakit tersebut, salah seorang daripadanya hilang keseimbangan lalu mereka terjatuh ke dalam sungai.
Ketika terjatuh, seorang pelajar dilihat mengangkat telefon bimbitnya tinggi ke udara walaupun tubuhnya sudah berada dalam air.
Pengemudi rakit yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu dua pelajar itu selepas mereka terjatuh.
Badan basah tinggal dilap saja, telefon basah perlu keluar biaya.Jatuh pun tidak mahu bersendirian, mahu diajak rakan.
Catat Ulasan