Masuk India Secara Haram Kerana Mahu Berkahwin


Polis Bengaluru berkata seorang remaja wanita Pakistan berusia 19 tahun ditahan kerana memasuki India secara haram untuk berkahwin dengan teman lelakinya.

Menurut polis, gadis itu kemudian memalsukan identitinya untuk tinggal di bandar Bengaluru. Dia didakwa mahu berkahwin dengan seorang lelaki dari Uttar Pradesh.

Lelaki itu, Mulayam Singh Yadav, 26, juga ditahan kerana memberi perlindungan kepada teman wanitanya, Iqra Jeewani

Tangkapan dibuat selepas biro perisikan negara menerima maklumat bahawa seorang warga Pakistan telah memasuki India tanpa dokumen yang sah dan tinggal di bandar tersebut.

Jeewani berkenalan dengan Yadav menerusi satu aplikasi permainan beberapa bulan lalu. Dia masuk ke India melalui sempadan India-Nepal manakala polis berkata, teman lelakinya telah menetap di Bengaluru selama hampir tujuh tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Polis berkata, Yadav tidak tahu Jeewani berasal dari Pakistan dan kemudian mendapat tahu gadis tersebut berasal dari Hyderabad.

Ketika ditangkap, gadis itu sudah berkahwin dengan Yadav dan majlis perkahwinan pula telah diadakan di Kathmandu, Nepal dan mereka telah kembali ke Bengaluru pada Disember tahun lalu.
 

0/komen