Motor Elektrik 469 Kuasa Kuda


Lucid Motor ialah syarikat yang sudah wujud sejak 2007 tetapi hanya mula menawarkan kereta elektrik mewah mereka sejak 2021. Sungguhpun begitu mereka baru sahaja melancarkan motor elektrik 469 kuasa kuda yang hanya seberat 32 kilogram dan mampu berputar pada kelajuan 19,500 RPM.

Saiznya juga kompak iaitu 10.2 x 10.5 x 13.5 inci tetapi turut menempatkan sistem transmisi, pembalik, pembeza dan motor elektrik itu sendiri. Dengan berat 32 kilogram, ia jauh lebih ringan berbanding motor elektrik kenderaan lain seperti Tesla Model 3 yang mencecah 90 kilogram yang menghasilkan 283 kuas kuda. Motor ini direka kompak dan ringan kerana digunakan untuk kereta lumba Formula E Gen 3 yang sudahpun memulakan musim baharu mereka awal bulan ini.

Antara isu paling besar kenderaan elektrik ialah ianya terlalu berat. Oleh itu sebarang bentuk pengurangan berat dapat meningkatkan prestasi kenderaan serta mengurangkan penggunaan kuasa elektrik ketika beroperasi.


Pada waktu ini Lucid Motor mengatakan motor elektrik ini hanya akan ditawarkan untuk Formula E. Tetapi seperti Formula 1 menjadi tempat teknologi automotif diuji sebelum ditawarkan kepada pengguna, tidak mengejutkan Formula E akan menjadi medan ujian motor elektrik sebelum turut digunakan pada kenderaan elektrik masa hadapan.
 

0/komen