Pantai Cantik Tapi...


Keindahan Pantai Pulau Sayak di Kota Kuala Muda dekat sini yang sebelum ini menjadi lokasi riadah pengunjung kini bertukar wajah gara-gara tindakan segelintir individu yang membuang sampah sesuka hati di sepanjang pesisir pantai berke­naan.

Tinjauan mendapati terdapat banyak longgokan bahan buangan seperti bekas makanan polisterin, sisa makanan dan lampin pakai buang yang di­tinggalkan pengunjung.

Sampah sarap yang dibiarkan di tepi pantai itu bukan hanya menjejaskan peman­dangan, malah turut me­nyakitkan mata.

Kita boleh berasa  geram bila tengok sisa buangan ini termasuk lampin pa­kai buang yang ditinggalkan begitu sahaja, mereka ini tiada ke­se­daran langsung.

Apa salahnya bawa balik semua sampah dan buang di tempat sepatutnya. Sayang kawasan yang cantik ini jadi kotor.

Longgo­kan sampah sa­rap yang ditinggalkan pengunjung turut me­ngundang bau busuk.

Kita yang teringin hendak datang ke sini untuk berkelah bersama isteri dan anak-anak menjadi kecewa apabila melihat kawasan ini dicemari dengan sampah dan berbau busuk.

Lokasi di sini sangat cantik dan tidak terlalu sesak walaupun tiada kemudahan seperti di Pantai Merdeka.

Jika keadaan di sepanjang pantai dibiarkan be­gitu, lokasi tersebut mungkin menjadi lebih kotor selepas ini.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini wajar di kecam dan berharap semua pihak dapat bersama-sama menjaga kebersihan Pantai Pulau Sayak demi kepen­tingan bersama.

Kalau setiap orang yang datang sini tinggalkan sampah, mungkin selepas ini tiada lagi lokasi untuk kita berkelah bersama keluarga.
 

0/komen