Petanda Kiamat : Keruntuhan Al-Aqsa


Bismillahirrahmanirrahiim

Luangkanlah masa untuk membaca supaya kita benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. 

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk membangkitkan semula "Temple of Solomon".

Masjid Al-Aqsa telah lama menjadi rebutan antara umat Islam dan bangsa Yahudi di Palestin. Nabi Sulaiman a.s yang merupakan Nabi kepada Umat Islam dan Raja pada Bani Israel membangunkan semula Masjid Al-Aqsa dengan menggunakan jin-jin sebagai pekerja dan ia telah menjadi begitu mewah dan megah pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. 

Kerana itu bangsa Yahudi pada zaman ini menggelar keseluruhan perkarangan Masjid Al-Aqsa sebagai Kuil Haikal Sulaiman (Solomon Temple dan ingin merampas kembali dari Umat Islam).

Sejarah Haikal Sulaiman bermula di Baitulmaqdis yang merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’. 

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya. 

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. 

Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan, hanya bilakah Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan? Wallahu a'lam !!

Ada sesuatu yang mereka cari disebalik runtuhan Haikal tersebut, sesuatu misteri yang dapat menyeru kebangkitan Dajjal Al Masih untuk menjadi nabi palsu akhir zaman. 

Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa a.s yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi di situ-lah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalem.

Apabila Istana ini telah terbina, maka kedatangan Dajjal yang dilahirkan sebagai seorang manusia berbangsa Yahudi akan muncul di Baitulmaqdis.

KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT

Pada perang salib di tahun 1099, adalah awal permulaan kepada dunia dikatakan moden saat ini. Ketika itu, Jerusalem telah jatuh ke tangan tentera salib. Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerusalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.

Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tidak ternilai harganya, tepat di bawah Baitulmaqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israel yang dirampas oleh Nabi Sulaiman a.s. 

Nabi Sulaiman merampas semua buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol dan sihir-sihir dari Bani Israel. 

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu, mereka meninggalkan agama Kristiani dan mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. 

Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini, perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti. 

"dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri Babil". 

[Quran Surah Al-Baqarah : 102]

Tetapi saat itu, Jerusalem berjaya dirampas kembali oleh tentera Islam dan 'The Knigth Templar' terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup. 

Tetapi kita di-ajarkan di dalam sejarah, kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para ahli saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil dari mereka terselamat. 
Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi 3 bermata 1). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Semua pergerakan Illuminati adalah ditaja oleh Keluarga Rothschild. 

Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Di sinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah Alaih". 

Langkah pertama dalam gerakan mereka, orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak, di sinilah Holocaust dirancang. Setelah Yahudi dalam keadaan terdesak, mereka memperkenalkan zionis kepada Yahudi. Kononnya untuk menyelamatkan Yahudi ... orang Yahudi dihasut untuk membina sebuah Negara di Palestin dengan mengandaikan lebih baik menghancurkan daripada ditindas. 

Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Yahudi telah dijadikan kambing hitam untuk menyambut kedatangan Al-Masih Ad Dajjal. Pertumbuhan zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum Yahudi yang ditindas oleh mereka sendiri. Kerana itulah sebahagian rabbi Yahudi yang menyedari agenda jahat tentera Dajjal ini, berusaha menyedarkan dunia bahawa orang-orang Yahudi telah ditipu oleh zionis.

Ramai ilmuwan islam dan pengkaji konspirasi "antichrist" telah membuktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran fasis dan pemimpin aliran soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk menjayakan konspirasi agung menyambut kedatangan Al-Masih Ad Dajjal.

Konspirasi Dajjal hampir ke puncaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah ada itu untuk menyambut kedatangan Dajjal, sang juru fitnah.

"orang-orang yang beriman berperang di jalan ALLAH, dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah," 

[Quran Surah An-Nisa : 76]

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock". Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid "Dome Of The Rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya. 

Ini merupakan muslihat Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya. 

RAHSIA YANG TERTANAM DI BAWAH MASJIDIL AQSA

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman a.s atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman. 

Nabi Sulaiman a.s berbeza dari Nabi-Nabi yang lain kerana baginda diberi ALLAH SWT boleh menguasai umat manusia dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman a.s ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat ALLAH SWT iaitu : keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). 

Sulaiman memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam, kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. 

Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh ALLAH SWT. 

Jadi arahan Nabi Sulaiman a.s supaya mereka membawa ke semua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang dikenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam. 

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Sulaiman dan ALLAH SWT. 

Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia yang diketuai Keluarga Rothschild. 

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini, mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”. 

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. 

Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu, orang-orang Muslim adalah musuh Dajjal.
Salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhnya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. 
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Dan bukti kedatangan Dajjal akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa. 

“.. mereka (membelakangkan kitab ALLAH)  dan mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) ; kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu, janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. 

Dalam pada itu, ada juga orang mempelajari dari mereka berdua … Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”.

[Quran Surah Al-Baqarah : 102]

Dan ALLAH Maha Mengetahui !!



 

0/komen