Red Magic 8 Pro Dilancarkan


Selepas dilancarkan di China sekitar penghujung tahun lalu, Red Magic 8 Pro kini mula ditawarkan untuk pasaran global. Secara dasarnya, ia masih mengekalkan sejumlah besar kemasan dan spesifikasi yang serupa dengan variasi Pro di China. Tetapi masih terdapat perubahan kecil yang dibuat pada sokongan sistem pengecasan disertakan dengan kuasa output 65W.

Skrin adalah sebesar 6.8-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Turut disertakan, beberapa ciri tambahan lain seperti nisbah skrin-ke-badan mencapai 93.6%, sokongan penuh gamut warna DCI-P3, kedalaman warna 10-bit dan DC Dimming. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan memori sehingga 16GB RAM (LPDDR5X RAM) dan storan dalaman mencapai 512 (UFS 4.0). Kapasiti bateri pula sebesar 6,000mAh dengan sistem pengecasan berwayar 65W.



Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), manakala kamera swafoto pula sebesar 16MP yang ditempatkan di bawah skrin. Lain-lain spesifikasi termasuklah, pembesar suara stereo dan menjalankan RedMagic OS 6.0 berasaskan Android 13.

Harga jualan adalah bermula $650 (~RM2,811) (12GB/256GB) dan $800 (~RM3,461) pula untuk (16GB/512GB).Tiada tarikh pelancaran rasmi yang diketahui setakat ini  untuk pelancaran di Malaysia.
 

0/komen