Robot Atlas Membantu Di Tapak Pembinaan


Selepas lebih sedekad membangunkan robot, Boston Dynamics kini mempunyai beberapa model yang boleh digunakan di gudang bagi membantu mengurangkan keperluan untuk tenaga kerja manusia. Kelmarin Boston Dynamics menunjukkan kemampuan robot Atlas mereka di tapak pembinaan.


kemampuan Atlas membantu pekerja manusia diperlihatkan dan pada waktu yang sama memperlihatkan prestasi akrobatik yang dikongsi sebelum ini. Video ini memperlihatkan bagaimana Atlas boleh membina jambatan, mengambil barang dan melakukan balik kuang seperti seorang ahli gimnastik.

Atlas masih tidak mempunyai sebarang penggunaan komersial seperti Spot, Stretch dan Handle yang turut ditawarkan oleh Boston Dynamics. Tetapi jika di masa hadapan manusia memerlukan pekerja tapak pembinaan yang pakar dengan Parkour, Atlas ialah robot yang paling sesuai digunakan.

0/komen