Samsung Odyssey Neo G7 43″ Di Perkenalkan


Samsung meluaskan lagi penawaran monitor gaming dengan memperkenalkan Odyssey Neo G7 43″. Ia juga diiklan sebagai monitor gaming sejenis rata pertama daripada Samsung yang dilengkapi dengan panel Mini-LED yang direka unruk pengalaman permainan dan hiburan yang optimum.

Skrin 43-inci digunakan dengan resolusi 4K (3840 X 2160 piksel) yang turut melepasi pensijilan BESA Display HDR 600 dan HDR10+. Beberapa ciri tambahan lain yang turut disertakan termasuklah kadar segar semula 144Hz, masa tindak balas 1ms dan sokongan AMD FreeSync Premium Pro. Seterusnya, ia turut digabungkan dengan Quantum Matrix Technology bagi penghasilan warna hitam yang benar-benar gelap dan prestasi visual cukup baik.


Sokongan Matte Display pula bantu mengurangkan pantulan cahaya pada skrin, sekaligus meminimumkan gangguan sewaktu sesi permainan untuk lebih fokus. Terdapat juga sokongan Flex Mode Screen yang membolehkan pengguna menyesuaikan saiz skrin di antara 43 dan 20-inci berdasarkan jenis permua yang sedang dimainkan. Pengguna juga boleh menggunakan ciri Samsung Game yang menyediakan akses pantas untuk pelbagai tetapan penting tanpa menggangu sesi permua.


Sokongan platform Samsung Gaming Hub pula membolehkan akses pantas kepada permainan daripada Xbox dan Xbox dan NVIDIA GeForce NOW dimainkan tanpa keperluan muat-turun. Sebagai tambahan lagi, beberapa platform penstriman seperti Prime Video, Netflix dan YouTube terbina turut boleh dinikmati menerusi Samsung Smart Hub.


Pilihan I/O tersedia pula terdiri dengan 1x DisplayPort (1.4) / 2x HDMI (2.1), 2x port USB 3.0, 1x Ethernet LAN, WiFi5 dan Bluetooth 5.2. Selain itu, ia juga memuatkan dua pembesar suara terbina dengan output 20W. Menurut Samsung, monitor ini akan dipasarkan sekitar suku pertama tahun 2023 dengan tempoh penawaran yang sudah semestinya berbeza mengikut pasaran masing-masing.


0/komen