Selepas 21 Tahun, Cincin Berlian Dalam Mangkuk Tandas Dijumpai Kembali


SIAPA sangka sebuah mangkuk tandas menyimpan bukti percintaan pasangan Florida, Amerika Syarikat yang telah hilang selama 21 tahun lalu.

Nick Day telah melamar isterinya, Shaina dengan memberikan sebentuk cincin berlian sebagai tanda pertunangan.

Bagaimanapun, belum sempat Shaina memberikan jawapan kepada Day, beliau telah menghilangkan cincin berharga berkenaan.

Tanda percintaan itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas sebelum wanita itu menyedari kehilangannya.

Selepas beberapa hari insiden itu berlaku, Shaina datang berjumpa dengan memaklumkan bahawa cincin tersebut telah pun ‘lenyap’.

Menurutnya ,Shaina memberitahu cincin itu mungkin hilang sewaktu dia berada di dalam tandas. Ketika itu, dia telah meletakkan hadiah berkenaan di atas rak dan mungkin terjatuh sewaktu dia mahu mengepam tandas.

Demi sebentuk cincin, beliau sanggup turun ke dalam septic tank (loji kumbahan) supaya mereka  boleh mengepam setiap bahagian dengan menggunakan penapis, namun tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, tiada siapa menduga, selepas hampir dua dekad kehilangan, tanpa disangka-sangka, cincin tersebut berjaya ditemukan semula.

Semuanya bermula dengan tindakan ibu kepada Day, Nick Renee yang mahu menukar tandas baharu.

Bulan lalu, Renee telah menghubungi tukang paip tempatan untuk menggantikan tandas di rumahnya, namun tanpa disangka-sangka pekerja yang ditugaskan telah menjumpai sebentuk cincin yang tersangkut di dalamnya.

Menurutnya ,setelah melihat cincin itu,beliau betul-betul yakin bahawa ia adalah cincin Shaina yang telah hilang lebih 20 tahun lalu.

Walaupun cincin berlian tersebut telah berada di dalam tandas bertahun-tahun lamanya, kualiti perhiasan itu masih baik, walaupun ia memerlukan pembersihan yang sebetul-betulnya.

Pertemuan yang mengejutkan itu telah membuatkan ibu bapa Day mahu memberi kejutan kepada pasangan berkenaan sempena Hari Natal.

Saat mak ayahnya  menghulurkan beg kecil yang mengandungi satu bungkusan hadiah, mereka berdua  boleh mengagak dengan tepat isi yang terkandung di dalamnya.

Shaina menangis kegembiraan kerana beliau berjaya untuk mendapatkan semula cincin yang hilang itu.

Mereka mungkin akan menambah perincian berlian baharu pada cincin berkenaan untuk diwarisi kepada anak-anak mereka pula.
 

0/komen