UFO Dipercayai Terbang Berhampiran Gunung Berapi


Sepasang kekasih peminat hobi fotografi terkejut melihat kehadiran objek terbang dikenali (UFO) ketika merakam gambar sebuah gunung berapi aktif di tengah Mexico.

Karla Garcia berkata teman lelakinya, Luis Guerra bangun awal pagi baru-baru ini di rumah mereka di Atlixco, Puebla untuk menyediakan sarapan awal pagi apabila mereka terdengar bunyi letusan gunung berapi Popocatepetl.

Kata Karla, Guerra mengambil telefon bimbitnya dan mula merakamkan gambar dan video dan menumpukan perhatian pada bulan purnama yang kelihatan di tepi gunung itu.

Dia kemudian menghantar foto itu kepadanya menerusi WhatsApp dan apabila beliau  bangun, dia  melihatnya dan berkongsi (gambar itu) di status WhatsAppnya.

Namun, Karla yang kekal berada di katil mula menerima mesej daripada rakan-rakan memberitahunya tentang objek yang kelihatan seperti sebuah UFO sedang terbang berhampiran gunung berapi itu.

Ekoran teman lelaki beliau bukan peminat rangkaian sosial, dia bertanya kepadanya sama ada beliau boleh memuat naik fotonya ke Twitter dan dia berkata, ya,’.

Dia kemudian melampirkan gambar tersebut kepada seorang wartawan tempatan yang terus berkongsi imej itu di rangkaian tempatannya sebelum ia menjadi tular di media sosial.
 

0/komen