UFO Terbang Di Bandar Mosul


Sekeping gambar eksklusif  memaparkan imej berbentuk seperti bola dan logam terbang di atas sebuah bandar di Iraq.

Imej itu dirakam pada April 2016 oleh sebuah pesawat peninjau perisikan Amerika Syarikat (AS) sebelum disiarkan dalam taklimat sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO)  kepada beberapa agensi kerajaan AS.

UFO  berkenaaan yang mempunyai kilauan logam pada permukaannya  terbang di atas bandar Mosul, utara Iraq.

Ia adalah imej UFO pertama yang didedahkan secara terbuka hasil penyiasatan kerajaan AS.

Objek itu terbang di sekitar tempat tentera AS beroperasi sekali gus mencetuskan kebimbangan keselamatan kepada Jabatan Pertahanan (DoD). Pegawai-pegawai tentera bimbang kemunculannya boleh membahayakan juruterbang tentera udara dan pasukan tentera darat.

Imej tersebut kemudian diperoleh dua orang wartawan, Jeremy Corbell dan George Knapp yang seterusnya menyiarkan dalam  fail media digital UFO mereka, Weaponized.

Taklimat sulit itu turut menerangkan bahawa UFO tersebut bergerak dari arah selatan ke utara.

UFO itu muncul selama satu saat dalam rakaman tersebut. Ia terbang bersama pesawat pengintip MC-12 dan tidak mempunyai sayap.
 

0/komen