Wanita ‘Smackdown’ Nenek


Tular di media sosial Indonesia ,seorang wanita bertengkar sebelum menyerang seorang warga emas yang bertongkat sehingga terjatuh ke tanah.

Menerusi video ini,kejadian itu berlaku di Cianjur, Jawa Barat. Wanita itu dikatakan menyerang nenek suaminya kerana tidak mahu dilabel sebagai isteri pemalas.


Kejadian bermula apabila wanita yang sedang mendukung seorang bayi bertengkar dengan seorang nenek yang tinggal di sebuah rumah.

Ketika nenek itu hendak meninggalkan lokasi kejadian, wanita itu terus menahannya sehingga mangsa tersungkur ke atas tanah.

Bayi yang didukung wanita itu juga terjatuh. Dia terus memukul mangsa ketika cuba dileraikan oleh orang lain.

Mangsa yang tidak berdaya mengerang kesakitan akibat dicengkam dan dihempap ke tanah.



“Tidak tahu malu, sudahlah menumpang, bermalas-malasan, berbuat jahat lagi,” kata seorang netizen.

“Tiada sopan santun…Walaupun marah orang tua, jangan sampai begitu,” kata netizen lain. 
 

0/komen