
TIME telah mengumumkan mereka mengalukan pengumuman kerajaan, dan menawarkan pelan 100Mbps Pakej MyKabel pada harga RM69 sebulan. Ini sekaligus membawa kepada rebat sebanyak RM30 untuk pakej berharga RM99 sebulan sebelum ini, sepanjang tempoh kontrak.
TIME menyatakan langkah ini adalah selari dengan pengumuman kerajaan berkenaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dalam usaha menawarkan internet pada harga lebih rendah dalam membantu golongan B40.
TIME akan menawarkan 100Mbps Pakej MyKabel ini di sejumlah lokasi Program Perumahan Rakyat bermula Mac 2023 ini, dan pendaftaran dibuka sehingga Disember 2023. Setiap pakej juga tertakluk kepada kontrak 24 bulan.
TIME menyatakan Pakej MyKabel ini akan ditawarkan di lokasi berikut, dan akan diperluaskan secara berperingkat:
PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
PPR Kota Damansara, Selangor
PPR Lembah Subang, Selangor
PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
PPR UDA Utama, Johor
PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)
Catat Ulasan