Beats Fit Pro Ditawarkan Dalam Tiga Warna Baharu

Fon telinga nirwayar Beats Fit Pro dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu dengan pilihan warna seperti Beat Black, Beats White, Stone Purple dan Sage Gray. Ia boleh dibeli dengan harga RM929 untuk satu set lengkap menerusi pengedar sah Apple di seluruh Malaysia – sama ada secara dalam talian atau luar talian.

Terbaru tiga lagi pilihan warna baharu diberikan untuknya yang terdiri dengan Tidal Blue, Coral Pink dan Volt Yellow. Ini sekaligus menjadikan fon talinga nirwayar ini boleh didapati dalam tujuh pilihan kemasan warna kesemuanya. Semakan kami juga mendapati ia telah disenaraikan menerusi laman web rasmi Apple Malaysia dengan harga yang sama, iaitu RM929 untuk set lengkap.


Masih tidak dapat dipastikan mengenai ketersedian kerana ia masih disenaraikan sebagai produk yang akan datang.
 

0/komen