1. Kawasan pegangan Bendahara Melaka ialah Pulau Bintan ( Indonesia kini ). Pulau Bintan berada bersebelahan dengan Pulau Batam dan juga di selatan Singapura...
2. Bendahara Melaka ada 8 orang semuanya yang sebenarnya daripada beberapa keturunan yang sama.. mereka ialah :
- Bendahara Seri Wak Raja I, Tun Perpatih Permuka Berjajar, Radin Bagus
- Bendahara Seri Amar Di Raja, Radin Anum
- Bendahara Seri Wak Raja II, Tun Perpatih Sedang bin Tun Perpatih Permuka Berjajar. ( Ayah Tun Perak dan Tun Perpatih Putih ). Mati akibat meminum racun kerana salah faham.
- Bendahara Seri Nara Di Raja, Tun Ali bin Mani Purindam. ( Ayah Tun Mutakhir. Tun Sri Lanang pun dari keturunan Mani Purindam ). Letak jawatan. Berkahwin dengan Tun Kudu yang merupakan bekas Isteri Sultan Muzaffar yg juga merupakan adik beradik Tun Perak.Anak mereka ialah Bendahara Tun Mutakhir.
- Bendahara Seri Paduka Raja, Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang
- Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang
- Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir bin Tun Ali
- Bendahara Seri Paduka Tuan, "Bendahara Tepok"..
Bendahara paling lama berkhidmat iapah Tun Perak dari zaman Sultan Muzaffar, Sultan Mansur Syah, Sultan Alaudin Syah dan Sultan Mahmud Syah..
Bendahara Tepok sudah tua semasa menjawat jawatan Bendahara. Beliau menolak namun dipaksa oleh Sultan Mahmud..Semasa serangan Portugis, beliau telah ditandu kerana sudah tidak mampu berjalan..
Catat Ulasan