Bergaduh Kerana Tidak Diberi Laluan


 

Hanya kerana berang tidak diberi laluan untuk memotong, tiga pengguna jalan raya bertumbuk di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun di sini, hari ini.

Gelagat tiga lelaki berkenaan termasuk seorang yang memakai kopiah bergaduh tersebut, menarik perhatian ramai .

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebuah kereta peronda polis telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pergaduhan tersebut.

Anggota polis bertugas dengan bantuan beberapa orang awam kemudiannya berjaya meleraikan pergaduhan terbabit .

Hasil perbincangan kemudiannya, mereka yang terlibat bersetuju berdamai dan enggan memanjangkan pertikaian tersebut.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati perbalahan tersebut tercetus akibat rasa tidak puas hati salah seorang lelaki terbabit kerana tidak diberi laluan untuk memotong kenderaan di hadapannya.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan polis berikutan insiden tersebut diterima pihaknya.

0/komen