Casio Melancarkan Semula G-Shock Pertama




Tahun ini siri jam Casio G-Shock akan menyambut ulang tahun yang ke-40. Banyak telah berubah sejak 1983 dengan teknologi jam lasak moden jauh lebih baik berbanding empat dekad lalu. Oleh itu sempena ulang tahun yang bersejarah ini, Casio DW-5000C yang merupakan G-Shock pertama akan dilancarkan semula dengan beberapa penambahbaikan.

Casio GW5000U-1 ialah model baharu dengan rekaan yang sama dengan DW-5000C. Perbezaan terletak pada panel belakang yang kini diperbuat daripada bahan tahan karat berbanding resin pada model asal. Teras besi yang pada bahagian dalam jam kini dipertingkatkan untuk lebih tahan lasak. Jam juga boleh dibawa menyelam sehingga 600 kaki berbanding 328 kaki sahaja pada model asal.



Bagi memastikan ketepatan masa pula, sokongan Multi-Band 6 akan mengubah paparan waktu secara automatik apabila pemilik pergi ke zon waktu berbeza. Casio GW5000U-1 akan dijual pada harga $300 (~RM1330) seutas.
 

0/komen