
Corsair juga telah mengeluaskan dua set fon kepala nirwayar memfokuskan gaming serta pencipta kandungan menerusi HS55 dan HS65 Wireless Headphones. Kedua-duanya menawarkan audio berkualiti tinggi dan berteknologi canggih. Binaan juga cukup baik yang meliputi reka bentuk ringan serta mudah dikendali, bagi menjadikannya selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang.
HS65 Wireless Headphones
Ia mempunyai berat sekitar 275g dengan gabungan tubuh jenis aluminium dan pad telinga daripada kulit. Ini dipadankan pula mikrofon terbina yang mampu menangkap audio dengan jelas bagi memastikan komunikasi yang jelas boleh dinikmati.

Dengan teknologi SonarWorks SoundID pula sekaligus membolehkan kesan audio disesuaikan mengikut keutamaan pengguna. Ia boleh diakses dengan mudah menerusi perisian COSAIR iCUE, seterusnya pengguna boleh mencipta profil EQ audio yang diperibadikan untuk pengalaman audio tersendiri.
Pengalaman mendengar menjadi lebih baik dengan gabungan Dolby Audio 7.1 yang turut disertakan. Di samping, turut boleh disambungkan ke peranti melalui sokongan wayarles 2.4GHz (menggunakan penyesuai yang disertakan) atau Bluetooth. Tidak ketinggalan, ia juga diklankan dengan jangka hayat bateri mencapai 24 jam lamanya.

HS55 Wireless Headphones
Mempunyai berat sekitar 266 gram. Rekaannya juga dilihat serupa dengan HS65 Wireless Headphones, di samping turut berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang sama. Ini termasuklah pilihan sambungan wayarles latensi rendah dan hayat bateri yang panjang. Dengan Dolby Audio 7.1 pula, ia membolehkan pengguna menggunakannya dengan selesa pada audio yang baik sepanjang masa.
Catat Ulasan