
Bagi peminat sukan pemotoran, mereka akan terbiasa dengan harga puluhan ribu bagi sebiji topi keledar (helmet) ditawarkan oleh penjual.
Ini kerana kata mereka, setiap helmet berharga ‘rare’ itu semenangnya sukar diperolehi dan stoknya adalah terhad serta sukar didapati walaupun di pasaran negara pengeluarnya iaitu Jepun.
Menurut pengguna laman Facebook, Apit Ducados, dia berjaya menjual sebiji helmet jenama Shoei JForce2 atau ‘jack kuning’ pada harga RM86,000.
“Alhamdullillah rezeki malam ni, terjual Shoei Jforce2 jack kuning, terima kasih mackin & matpett … mai tengok belek-belek terus sold (terjual) RM86, 000.
Jelas beliau, topi keledar tersebut baharu sahaja sampai di Malaysia semalam selepas dia membeli dengan seorang penjual dari Jepun.
“Nasib tak kena scam dengan orang Jepun, Alhamdulillah selamat mendarat di bumi malaya King Of Shoei helmet ..Shoei Jforce2 jack kuning .. salam 100k,”katanya.
Difahamkan topi keledar jenis Shoei Jack adalah model khas dikeluarkan pada 2004/2005 yang terdiri dari warna merah, kuning, putih, kelabu, biru, perak dan hitam.
Keluaran merah, kuning dan putih adalah amat terhad dalam kalangan edisinya selain tiada pengeluaran lagi ketika ini.
Patut la..harga yahudi... 😊😊😊😊😊
Ramai yang kagum dengan pembeli helmet tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu rezeki kepada penjual
Kalau dah helmet pun harga RM86,000, cer tunjuk skit moto si pembeli tu harga berapa pula....
Harga market (pasaran) mat-mat motor dan peminat helmet je ni.Kira mat motor pun ada yang kaya raya jugak la yea...wah...sebijik aruz,alza atau veloz boleh dapat nie...
Apa pun terpulang kepada diri masing masing...duit dah tak habis guna sampai pergi haji pun boleh balik hari... 😊😊😊😊😊
Catat Ulasan