Koleksi RXZ Keluaran 2003-2011


Walaupun sudah lama produksinya ditamatkan namun harga motosikal dua lejang itu kini semakin menggila, tetapi masih ada individu yang  betul betul gila membelinya.

Malah, motosikal enam kelajuan itu juga kini pernah mencecah hampir RM100,000 jika jentera tersebut masih dijaga rapi dan keasliannya dikekalkan.

Terbaharu, seorang lelaki Danish Meng, telah berkongsi gambar dalam satu hantaran menunjukkan 11 buah Yamaha RXZ Catalyzer dari tahun 2003 hingga 2011 miliknya yang berjaya dikumpul.

Ianya  berjaya menarik perhatian orang ramai, ada yang kagum dan teruja dengan koleksi tersebut, kerana umum mengetahui jika ingin memiliki sebuah RXZ pada masa kini ternyata ia tidaklah murah.

Bukan itu sahaja, alat ganti dan komponen untuk RXZ juga terkesan dengan jualan motosikal tersebut hingga menyebabkan kos untuk restorasi boleh menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit.

Kalau dikira tu, dah hampir lebih setengah juta duit yang dibelanjakan tu. Cekal betul.

Aku tak mampu secekal itu, terbaik ‘bro’. Aku nak beli Honda EX-5 pun bayar bulan.
 

0/komen