Nokia G22 Diperkenalkan


Melalui pengenalan telefon pintar terbaharu, Nokia G22 menawarkan spesifikasi asas sahaja, iaitu dijana dengan cip Unisoc T606, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 5050mAh yang menyokong pengecasan 20W. Untuk rakaman gambar, Nokia G22 dilengkapi kamera utama 50MP di belakang yang dilengkapkan dengan sensor makro dan sensor kedalaman.

Dengan penawaran asas, HMD Global memfokuskan kepada kemudahan membaiki telefon pintar ini sebagai titik jualan.


Nokia G22 dikatakan hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk digantikan bateri, atau 20 minit untuk menggantikan panel paparan. Perkara ini dijayakan HMD Global dengan kerjasama iFixit.

Ia juga menggunakan bahan kitar semula 100% untuk bahagian kerangka plastik belakang.

HMD Global memasarkan ia sebagai telefon yang mudah dibaiki untuk ketahanan lebih lama. Disamping itu, ia juga akan disediakan dengan kemaskini Android selama 2 tahun, selain tiga tahun kemaskini sekuriti bulanan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nokia G22 ini akan memasuki pasaran tempatan.
 

0/komen