OnePlus telah memperkenalkan telefon konsep mereka yang terkini, dinamakan OnePlus 11 Concept Phone.
Peranti tersebut dilihat hadir dengan rekaan yang lebih memiripi sebuah peranti OnePlus 11 5G sedia ada, dengan penggunaan panel LTPO+ 3 bersaiz 6.7 inci dengan resolusi QHD+ (3216×1440) dan sistem tri-kamera 50MP+48MP+32MP dengan teknologi kamera Hasselblad X-Pan.
OnePlus 11 Concept Phone juga menyertakan sokongan penyejukkan setara PC, dinamakan Active Cryoflux. Ia dikatakan mampu membuatkan telefon sejuk dengan penurunan suhu telefon sehingga 2.1°C. Menurut pihak OnePlus, penurunan suhu ini bukan sahaja akan membantu dalam meningkatkan jumlah kadar bingkai permua, tetapi juga mempercepatkan kadar pengecasan bateri pada peranti ini.
OnePlus turut menyatakan kerangka belakang lutsinar yang dinamakan ClearFlow Cover untuk memperlihatkan teknologi penyejukan tersebut melalui bahagian kerangka belakang. Ini, digabungkan dengan sistem pencahayaan Halo Lighting memberikan satu keunikan dan fungsi yang praktikal khususnya untuk mereka yang mahukan prestasi terbaik pada peranti-peranti mereka.
Buat masa ini, telefon ini masih pada peringkat konsep sahaja, dan tidak diketahui bilakah ia akan dikomersilkan.
Catat Ulasan