Pengganas Israel dan pejuang Palestin saling bertukar serangan udara dan tembakan roket di sekitar Gaza kelmarin, sehari selepas serbuan ganas dilakukan pengganas Israel di Tebing Barat.
Seramai 11 penduduk Palestin termasuk seorang remaja berusia 16 tahun terbunuh dalam serbuan itu selain lebih 80 orang cedera akibat terkena tembakan semalam apabila tentera pengganas Israel menyerbu bandar Nablus.
Seorang pegawai tertinggi Palestin, Hussein Al Sheikh menyifatkan serbuan itu sebagai pembunuhan besar-besaran serta mendesak perlindungan antarabangsa diberikan kepada rakyat Palestin.
Sebelum waktu subuh hari ini, pasukan pejuang Palestin membalas serangan pengganas Israel dengan melancarkan enam roket dari Gaze ke negara haram Israel.
Tentera Pengganas Israel mendakwa, ia memintas lima daripada serangan itu manakala satu daripadanya jatuh di kawasan lapang.
Pejuang Palestin, Jihad Islam mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu manakala dua jam kemudian, tentera Pengganas Israel melancarkan serangan udara ke arah beberapa sasaran di Gaza yang membebaskan kepulan asap hitam ke udara.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, kesemua 11 individu yang terbunuh dalam serbuan semalam adalah kesan daripada tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh pengganas Zionis di Nablus.
Mereka berumur antara 16 hingga 72 tahun.
Catat Ulasan