Redmi Smart Band 2 Kini Di Malaysia

Satu lagi produk dibawah jenama Redmi untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Smart Band 2 telah di bawa masuk.

Gelang tangan pintar yang menyasarkan gaya hidup aktif ini hadir dengan skrin 1.47-inci berwarna dengan paparan TFT, disamping turut menyertakan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan.

Jam tangan pinta ini juga turut hadir dengan sensor denyutan nadi, selain pilihan penggunaan sehingga 30 mod kecergasan. Ini sekaligus memudahkan anda memantau sejumlah data berkaitan ketika anda melakukan aktiviti pada setiap hari.

Disamping itu, gelang tangan pintar ini turut menyertakan sokongan pemantauan corak tidur, dan menyediakan laporan berkaitan dengannya.

Gelang tangan pintar ini boleh di perolehi  pada harga RM139 sehingga 28 Februari 2023 kelak sebagai promosi pengenalan, dan seterusnya ia akan mengikut harga jualan biasa, iaitu RM149.x

 

komen