Samsung Memberikan Galaxy S23 Percuma

Samsung Malaysia kini telah mengumumkan program beli satu Samsung Galaxy S23 Ultra dan anda akan menerima sebuah Samsung Galaxy S23 percuma. Ia hanya terbuka kepada pengguna peranti Galaxy Note20 Ultra, Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S22 Ultra untuk tempoh terhad di bawah skim tukar ganti.

Menerusi program tukar ganti Ultra ini, ketiga-tiga peranti ini boleh ditukar ganti kepada sebuah Samsung Galaxy S23 Ultra. Penawaran agak menarik kerana pemilik Galaxy S22 Ultra hanya perlu membeli Galaxy S23 Ultra (256GB). Pembelian tersebut melayakkan tukarbeli Ultra terdahulu, dan pembeli akan turut menerima sebuah Galaxy S23 (128GB) secara percuma.

Pemilik Galaxy S21 Ultra hanya perlu menambah RM199 dan Galaxy Note20 Ultra pula hanya RM399. Hanya peranti yang masih berfungsi dan tidak mempunyai skrin yang rosak akan diterima oleh Samsung.

Tawaran ini adalah terhad dari 24 Februari ke 31 Mac 2023 sahaja.


 

0/komen