
Pada tahun 1839, Tengku Umar dan adindanya Tengku Mahmud telah berangkat dari Lingga menuju ke Kemaman.
Di Kemaman baginda telah mengumpulkan pengikutnya untuk melanggar Terengganu. Selepas persiapan selesai dilakukan, maka baginda dan pengikutnya seramai 40 orang bertolak dan telah menyerang Kuala Terengganu pada waktu tengah hari.
Antara sebab serangan ini dilakukan pada waktu tengah hari ialah kerana kebanyakan penduduk lelaki pada waktu turun ke laut untuk menangkap ikan.
Secara tidak langsung, serangan yang akan dilakukan oleh Tengku Umar ini akan lebih mudah kerana kurangnya orang yang akan mempertahankan Kuala Terengganu.
Baginda kemudiannya menjadi Sultan Terengganu buat kali kedua selepas disingkirkan sebelum ini.. Baginda lebih dikenali sebagai Sultan Umar atau Baginda Umar..
Catat Ulasan