Unta Mati Dibelasah Selepas ‘Kunyah’ Kepala Tuan



Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala tuannya.

Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.

Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak.


Dalam video ini, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum dipukul hingga mati pada Isnin lalu.

Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan tuannya sudah tidak bernyawa.

Ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.

Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu

0/komen