Dell Inspiron 16 Plus 7630 Dilancarkan


Komputer riba produktiviti Dell Inspiron 15 Plus 7630 telah dilancarkan dengan ia dilengkapi dengan cip Intel Core Gen-13 dan GPU dari siri NVIDIA RTX 40XX. Skrin 16″ menyokong resolusi 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Tiada sokongan sesentuh disertakan oleh Dell untuk model ini.

Pilihan cip adalah sehingga Intel Core i7-13700H, GPU sehingga NVIDIA GeForce 4060 dengan 6GB GDDR6, memori sehingga 64GB DDR5, storan sehingga 1TB M.2 PCIe NVMe SSSD dan bateri 86Wh. Sistem audio Dolby Atmos disokong menerusi empat speaker terbina. Untuk telesidang pula kamera FHD disertakan. Pilihan I/O ialah pembaca kad memori, port Thunderbolt 4 USB-C, USB-A, bicu audio dan HMDI,

Harga jualan adalah bermula daripada RMB 17,499 (~RM4830) sebuah dengan ini merupakan model paling asas yang hanya dilengkapi GPU Intel Iris Xe terbina.
 

0/komen