
Seorang wanita bertindak menggantung seluar dalamnya pada kabel elektrik sebagai protes terhadap syarikat pembinaan yang membanjiri tanahnya dengan air sisa toksik di wilayah Samut Prakarn, Thailand.
Lebih 30 helai seluar dalam selain kasut digantung pada kabel elektrik.Ia digantung pada ketinggian empat hingga lima meter dari tanah.
Lokasi kejadian itu berlaku di hadapan skim perumahan kampung mewah baharu berhampiran Soi King Kaew 13 di daerah Bang Pli.
Beberapa netizen mendakwa seluar dalam dan kasut itu sudah digantung selama beberapa tahun oleh pemilik tanah yang dikenali sebagai Sompong, 63.
Sompong mendakwa perbuatan itu sebagai protes terhadap perkampungan mewah yang menimbulkan banyak masalah sejak ia dibina.
Bunyi bising dari tapak pembinaan membuatkan beliau terjaga pada waktu malam. Kampung itu juga mengeluarkan air buangan ke tanahnya.
Beliau tidak boleh menanam sebarang tumbuhan dan ikannya mati. Dengan kata lain beliau tidak boleh mencari rezeki.
Sompong berkata dia memfailkan aduan terhadap jabatan kerajaan tetapi tidak mendapat sebarang perkembangan.
Catat Ulasan