Gula-Gula Getah Diludah Dijual RM243,243


Sekeping gula-gula getah yang dikunyah dan diludah oleh bintang Hollywood, Robert Downey Jr. ditawarkan untuk dijual di laman jualan, eBay pada harga bermula AS$55,000 (RM243,243).

Downey Jr. mempunyai ramai peminat terutamanya selepas kejayaan besar dia memegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam filem Marvel.

Bagaimanapun,  fakta bahawa gula-gula getah yang dibuang oleh Downey Jr. dianggap sebagai komoditi yang tidak ternilai adalah membingungkan.

Orang ramai didakwa sanggup membayar harga yang tinggi hanya untuk memiliki sekeping gula-gula getah tersebut.

Gula-gula getah itu telah diletakkan oleh Downey Jr. di Walk Of Fame (WOF) milik pengarah film Iron Man, Jon Favreau sebagai jenaka.

Ia akan dihantar di dalam bekas plastik kepada pembelinya
 

0/komen