Guna ‘Stapler’ Bungkus Makanan


Walaupun penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan sudah dilarang kerana boleh memudaratkan kesihatan, namun ia tetap digunakan secara meluas di bazar Ramadan.

Beberapa bazar Ramadan masih  terdapat  hampir kesemua peniaga menggunakan dawai kokot untuk membungkus makanan kerana ia dikatakan lebih mudah dan cepat.

Namun penggunaan kaedah berkenaan dilihat membimbangkan pengguna yang risau risiko tertelan dawai berkenaan khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Penggunaan dawai kokot yang berleluasa menyebabkan kita bimbang risiko tertelan dawai berkenaan terutama kanak-kanak.

Ramai di antara kita yang memang risau hal tersebut  tetapi  tiada pilihan kerana hampir semua peniaga menggunakan kaedah itu. Jadi setiap kali membeli memang kita akan membuang dahulu semua dawai kokot pada bungkusan sebelum ia dibuka, risaukan anak-anak tertelan.

Kita berasa  pelik kerana setahu kita semua, ia dilarang digunakan, tetapi macam tiada penguatkuasaan yang melarangnya, mungkin apabila ada mangsa, barulah ia akan dikuatkuasakan.

Ada di antara kita pernah termakan kuih bersama dawai kokot, tetapi bernasib baik kerana tidak tertelan dawai berkenaan.Kalau tidak,sudah tentu menjadi isu besar yang di tular di media sosial dan memerlu campur tangan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Justeru kita  berharap pihak berkuasa dapat bertindak proaktif dengan melakukan pemeriksaan bagi melarang penggunaan kaedah berkenaan bagi mengelakkan sebarang tragedi.

Janganlah apabila ada kejadian tertelan dawai kokot barulah hendak dilakukan penguatkuasaan dan pemantauan, jadi kita harap pihak berkuasa buatlah kerja dan kuat kuasa peraturan ditetapkan.

Sementara itu,Menurut  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penggunaan dawai kokot pada pembungkus makanan boleh dikategorikan sebagai salah satu pencemaran makanan.

Katanya, peniaga makanan yang menggunakan stapler atau dawai kokot untuk membungkus makanan boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM).

Menurutnya ,kalau kita lihat ‘stapler’ itu sendiri agak bahaya dan jika termasuk dalam makanan boleh membahayakan kepada individu terutama anak-anak kecil.Ini merupakan satu inovasi baharu yang tidak sepatutnya berlaku.
 

0/komen