Huawei MateBook 14 Menerima Potongan Harga


Harga jualan Huawei MateBook 14 menerima potongan RM1000 bermula 27 Mac lalu semena ulang tahun Lazada. Komputer riba Windows ini boleh dibeli pada harga istimewa RM2999 sebuah berbanding harga asal RM3999 sebuah.

MateBook 14 ini dilengkapi skrin 14″ 2K dengan sokongan sesentuh, cip Intel Core i5-1135G7, 16GB RAM dan storan 512GB SSD. Ini adalah model dari tahun 2021 dengan ia turut hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, 2x USB-A, 1x USB-C, 1x HDMI dan bicu audio terbina.

Selain harga istimewa, pembeli turut akan menerima hadiah percuma beg galas Huawei CD60, tetikus CD20 dan jaminan selama dua tahun untuk MateBook 14. Tawaran hanya diberikan menerusi stor rasmi atas talian Huawei di Lazada
 

0/komen