Huawei MatePad (2023) Dilancarkan


Huawei turut tidak ketinggalan hadir dengan tablet generasi baharu menerusi MatePad 11-inci 2023. Seperti namanya ia dilengkapi skrin sebesar 11-inci LCD beresolusi 2560 x 1600 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Skrin tablet ini turut dilapisi kaca matte/kaca biasa, di samping turut menawarkan nisbah aspek 16:10 dan kepadatan piksel 275PPI.


Cip Snapdragon 870 digunakan sebagai tunjang utama, selanjutnya pilihan memori pula sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 128GB terbina. Tablet ini juga mempunyai bateri 7250mAh dengan pengecasan 22.5W yang boleh dicas semula menerusi port USB-C, kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP. Terdapat juga empat pembesar suara yang ditala oleh sistem audio Huawei Histen 8.0 dan tablet ini menjalankan antaramuka terkini HarmonyOS 3.1.

Harga jualan tablet adalah bermula RMB2299 (~RM1490) (6GB/128GB) untuk kaca biasa, seterunya mencapai RMB2999 (~RM1943) (8GB/128GB) pula dengan lapisan kaca matte. Tiada maklumat mengenai ketersediaan di Malaysia diketahui setakat ini.

0/komen