Huawei P60 Art Turut Diumumkan


Huawei P60 Art turut dilancarkan dengan ia merupakan model paling premium lengkap dengan rekaan bonggol kamera yang unik.

Huawei P60 Art dilengkapi skrin 6.67″ OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin masih lagi melengkung pada bahagian sisi dengan sebuah lubang kamera pada bahagian tengah. Peranti dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 tetapi tanpa sokongan rangkaian 5G akibat sekatan teknologi Amerika Syarikat. Tetapi terdapat sokongan komunikasi satelit apabila tiada rangkaian 4G atau WiFi.

Ini dipadankan dengan storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5100 mAh. Bateri boleh dicas semula secara berwayar dengan pengecas 88W dan nirwayar pula pada kuasa 50W. Kesemua ini adalah sama seperti model P60 Pro kecuali bateri yang sedikit lebih besar.


Perubahan dilakukan pada kamera utama dilengkapi lensa sudut lebar 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS, dan 40MP ultra sudut lebar f/2.2. Pada bahagian hadapan pula kamera 13MP f/2.4 digunakan. Zum optikal sehingga 5X disokong, zum digital 100X dan terdapat juga sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica yang digunakan sebelum ini. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68 maka pengguna tidak perlu risau kerosakan disebabkan oleh air.


Di China Huawei P60 Art dijual pada harga RMB 8988 (~RM5813) untuk 512GB dan RMB 10988 (~RM7106) untuk versi 1TB Pilihan warna pula adalah biru dan emas.

0/komen