
Illegear sekali lagi hadir dengan komputer riba baharu menerusi siri Onyx 2023. Ia merupakan komputer riba yang memfokuskan terhadap golongan professional kreatif serta permua. Ia juga menggabungkan rekaan yang minimalis bersama spesifikasi dalaman berkuas. Terdapat tiga variasi model disediakan dengan pilihan pemproses Intel dan AMD.
Illegear Onyx VX
Ia didatangkan dengan panel 16-inci IPS Infinivision WUXGA yang turut disertakan kadar segar semula mencapai 165Hz. Ini dipadankan dengan CPU AMD Ryzen7 7735HS, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060, memori 8GB DDR5, storan 512GB NVMe SSD terbina dan bateri 62Wh. Seterusnya komputer riba ini turut memuatkan kamera web HD, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1, 1 X Mini Displayport 1.4, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1X bicu audio, 1 X Mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A) dan 1 X USB Type-C.

Illegear Onyx NX
Dilengkapi panel 16-inci IPS yang turut dipadankan dengan pilihan kadar segar semula mencapai 240Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan CPU Intel Core i7-13700H, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070, memori 16GB DDR4, 512GB NVMe SSD PCIe Gen 4 SSD dan bateri 62W. Selanjutnya ia juga memuatkan kamera HD terbina, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1, 1 X Mini Displayport 1.4, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1X bicu audio, 1 X Mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A) dan 1 X USB Type-C.

Illegear Onyx GX
Ia mempunyai panel sebesar 16-inci IPS dengan kadar segar semula 240Hz. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core i9-13900HX, GPU mencapai NVIDIA GeForce RTX 4090, memori 16GB DDR5, storan 512GB NVMe SSD terbina dan bateri 99W. Seterusnya komputer riba juga memuatkan kamera HD, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1 Output Port, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1 X bicu audio, 1 X mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A), 1 X Thunderbolt 4 hybrid USB Type-C dan 1 X Liquid Cooling Connector.
Catat Ulasan