
China Shipbuilding Group Co., Ltd (CSSC) minggu lalu mengumumkan kapal kargo MSC Irina telah dilancarkan dengan kapasiti 24,346 kontena TEU. Ini menjadikannya kapal kargo dengan kapasiti terbesar dunia memintas MSC Tessa dengan kapasiti 24,116 TEU.
Walaupun mempunyai perbezaan 230 TEU, kedua-dua kapal kargo ini mempunyai saiz yang sama iaitu 399.9 meter panjang. Ini hampir sepanjang empat padang bola sepak. Walaupun bersaiz gergasi, teknologi terkini seperti sistem pelincir udara terkini membolehkan kapal beroperasi dengan penjimatan bahan api sehingga 4% berbanding kapal kargo generasi terdahulu.
Catat Ulasan