
Ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
“Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja.
kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas.

Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu.
Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool..🤣🤣🤣🤣🤣
Catat Ulasan