Pakai Maskot Cari Rezeki


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dihadapi oleh seorang warga emas yang mencari rezeki dengan memakai ‘maskot’ bagi menghiburkan orang ramai di jalanan.

Beberapa keping gambar  menunujukkan warga emas berkenaan ini ketika berada di Bazar Malam Wangsa Maju.

Kelihatan sesekali warga emas terbabit keletihan dan membuka ‘maskot’ dipakainya untuk menghirup udara segar ketika dalam kepayahan mencari rezeki.

Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur, apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.

Disebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun, kita boleh terkejut melihat salah satu watak kartun itu adalah seorang warga emas sekitar baya ibu bapa kita.

Melihat kesungguhannya kita teruja, apatah lagi di usia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada dirumah sahaja.

Kita berdoa agar Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya dan diberikan kesihatan yang baik.


0/komen