Pengasas Hukum Moore Meninggal Dunia


Hukum Moore mengatakan jumlah transistor dalam litar bersepadu (IC) akan meningkat dua kali ganda setiap dua tahun dengan kos menghasilkannya turut separuh. Ia diperkenalkan pada tahun 1965 dan sejak 1975 hukum ini masih lagi utuh sehingga sekarang. Yang tidak utuh Gordon Moore, insan yang melakukan ramalan Hukum Moore ini kerana beliau telah meninggal dunia hari ini ( 25 Mac 2023 ) pada usia 94 tahun.

Gordon Moore ialah pengasas Fairchild Semicoductor dan Intel yang merupakan dua syarikat paling penting dalam sejarah semikonduktor dunia. Semasa di Intel beliau pernah memegang jawatan sebagai CEO dan pengerusi sebelum bersara pada tahun 2006.

Yang menarik mengenai kerjaya mendiang Moore ialah beliau sebenarnya bukan seorang jurutera elektronik tetapi sebenarnya graduan jurusan kimia daripada UC Berkeley dan Caltech. Kerja pertama beliau ialah menyertai syarikat yang ditubuhkan William Shockley – pencipta transistor. Ketika di sana beliau terlibat dalam pembangunan transistor silikon yang murah. Selepas itu beliau dan Robery Noyce (juga pengasas Intel) menyertai Fairchild Semicondutor yang merupakan syarikat yang mencipta litar bersepadu.
 

0/komen